Peraturan dan keselamatan
Daripada dokumen rasmi, dalam bahasa mudah.

Sijil CAAM
CAD 6011 Part (II) menyatakan tiada sesiapa boleh menjalankan aktiviti pertanian UAS tanpa Sijil Kerja Keudaraan yang sah daripada CAAM. Permohonan dihantar melalui e-mel seperti diterangkan di laman UAS CAAM.
Juruterbang
Menurut CAC 01/2025, juruterbang untuk operasi pertanian komersial perlu RCoC-B dengan Modul 2 (AGR). Untuk operasi persendirian, RCoC-B dengan Modul 2 atau RCoC-AL.
Apa boleh dibawa dron
Jabatan Pertanian membenarkan racun berdaftar LRMP yang ada syor penggunaan UAS, baja, bahan penggalak tanaman dan biji benih.
Amalan kami
- Semakan angin sebelum terbang.
- Zon penampan dari rumah, parit dan kolam.
- Pakaian pelindung semasa membancuh.
- Bekas dibilas tiga kali, seperti disyorkan Jabatan Pertanian.
Sijil dan insurans perniagaan ini belum dinyatakan di laman ini dan akan ditunjukkan bersama sebut harga.